Description
Azeman Said memulakan kerjaya di dalam bidang penulisan sebagai pemberita dengan akhbar tempatan The New Straits Times pada lewat tahun 1990an.
Setelah 3 tahun melaporkan berita dan isu-isu semasa, beliau berpindah ke stesen televisyen swasta ntv7 untuk meneruskan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pula.
Sepanjang 8 tahun di stesen ntv7, beliau pernah memikul tanggungjawab sebagai wartawan penyiaran, penerbit, dan juga editor.
Di masa lapang, penulis juga banyak menyumbang tulisan dan rencana tentang travel kepada beberapa majalah tempatan seperti Libur, Santai dan Backpackerz.
Sedekad Kembara: Bumi Malaysia adalah himpunan tulisan beliau lebih kurang satu dekad yang lalu, yang pernah diterbitkan majalah-majalah tempatan.
Penulis kini sedang menyiapkan buku ke-2 beliau, Kembara Sedekad : Hujan Emas, catatan kembara beliau ke destinasi-destinasi luar negara pula.
Penulis juga sedang dalam proses menerbitkan buku Bahasa Inggeris beliau yang pertama.
Reviews
There are no reviews yet.