Description
Nippon Kara Manabu bermaksud teladan dari Jepun berbentuk anekdot perkongsian dari aspek pendidikan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan aspek utama dalam bidang bisnes.
Zulkifli Malek atau dikenali sebagai Zu Ki Fu Ri san di kalangan komuniti Jepun adalah pelajar kumpulan pertama program akademi Dasar Pandang ke Timur tajaan JPA. Anak Melayu pertama yang bekerja di ibu pejabat Yasuda Trust Bank Tokyo (1988) seterusnya ke Singapura dan Jakarta. Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai ketua perwakilan Yasuda Trust Bank di Malaysia. Beliau merupakan kunci tertubuhnya Yasuda Trust Bank di Labuan Offshore Financial Centre. Pada tahun 1998 beliau dilantik sebagai Country Advisor. Beliau berjaya menyakinkan bank untuk melebarkan sayap mereka ke Malaysia dan seterusnya melabur lebih USD300 juta pada tahun pertama penubuhannya.
Beliau dilantik menjadi Presiden Alumni Look East Policy Society (ALEPS) pada tahun 1994 sehingga 2002. Kini, beliau menjadi pakar rujuk kepada pelabur Jepun sehingga dilantik sebagai lembaga pengarah di 10 syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.
Buku Samurai Kampung Medan ini akan mencoret secebis perjalanan insan terpilih ini mengutip teladan dari negara Matahari Terbit.
Buku yang wajib baca untuk bakal pelajar yang mempunyai impian dan cita-cita sejak dari bangku sekolah untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di negara Matahari Terbit. Buku ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang berasal dari Kampung Medan yang telah bangkit dan berjaya dalam kehidupan nya setelah melalui jerit perih kehidupan kerana beliau bukan dilahirkan dari keluarga yang berada.
Buku yang penuh memberi inspirasi kepada para pembaca ini sarat dengan nilai kasih sayang oleh ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata positif kepada anak nya agar menjadi insan yang berguna, berjaya, dan seterusnya menyumbangkan khidmat dan jasa kepada negara Jepun dan juga Malaysia. Berkongsi cerita saat-saat manis beliau melanjutkan pelajaran ke Jepun, menyelami budaya dan pemikiran masyarakat Jepun pasti menggamit memori buat para pembaca yang pernah berada di sana dan pastinya membuatkan para pembaca melonjak-lonjak keterujaan untuk berada di negara Matahari Terbit itu.
Peristiwa yang tidak dijangka berlaku sewaktu beliau bekerja secara tidak langsung telah membawa beliau dalam dunia perniagaan yang penuh liku namun terus gah berdiri dan berprestij di mata dunia sehingga pada hari ini.
Fazli Bin Hisahak –
Kupasan Ringkas oleh Pakar Branding Malaysia Fazli Bin Hisahak
Buku Yang Anda WAJIB Baca !
Sepanjang lebih setahun saya bermedia sosial di fb, belum pernah saya cadangkan apa2 buku untuk tuan puan baca. Sebab saya sangat teliti dalam menawarkan sesuatu. Tapi buku ini, bertajuk: SAMURAI KAMPUNG MEDAN saya syorkan semua orang beli dan baca.
REALITI
Mengapa ? Buku ini menceritakan realiti dan bukan fantasi. Ramai penulis buku motivasi sering fokus nak bina ayat yang retorik dan nak menyedap rasa baca. Tapi kita leka tanpa substance. Banyak “goreng” dan bukan kupasan. Bagi saya ini karut.
Penyampaian dalam buku kecil ini sangat santai berbentuk penceritaan pengalaman dan dalam penceritaan itu diselang dengan perbagai ILMU sangat menarik. Ramai yang boleh menulis tapi bukan semua orang boleh tulis dengan baik. Saya baca lewat malam tadi dan habis pagi tadi.
Antara kupasan menarik, bagaimana pembelajaran penulis di Jepun menerusi Dasar Pandang Ke Timur sebenarnya bukan menimba ilmu di kuliah semata2 malah BUDAYA pengurusan kehidupan masyarakat Jepun dapat diteladani.
KERJA BERPASUKAN
Bagaimana masyarakat Jepun mengutamakan kerja berpasukan untuk berjaya dalam perniagaan, budaya tepati masa, budaya cakap tepat dan benar. Bila kita baca buku ini, kita dapat merasakan seolah2 diri kita dalam plot cerita tersebut. Sangat menarik.
BELI BUKU INI
Aaahhh, tuan2 beli saja sebuah, miliki buku ini. Saya sendiri akan ulang baca nanti. Saya tak pasti harganya, saya dihadiahkan oleh tuan Muhammad Rahshidi, tukang tulis buku ini semalam semasa makan tengahari dengan usahawan. Terima kasih.
Ringkasnya, gaya penceritaan diselangi dengan ilmu sangat cemerlang dan font yang digunakan sangat baik, lenggok bahasa yang mudah. Cuma boleh diperbaiki dari segi flow cerita di sana sini dan grafik yang perlu diperelok. Dari segi branding, ada yang perlu diperbetulkan di kulit buku depan dan belakang supaya buku ini sendiri jadi brand untuk menggalakkan ramai baca.
Di muka kulit belakang, ditulis….. buku yang wajib baca untuk bakal… perlu ditambah dengan ayat “…..semua manusia yang mahu berjaya dalam kehidupan !”
Selamat membaca.